Ikhtiar Bantu Pesakit Buah Pinggang Diiktiraf Asia Book of Records

KUALA LUMPUR: Sumbangan berterusan Neo Medicare dalam membantu masyarakat, terutama yang menghidap penyakit buah pinggang mendapat pengiktirafan Asia Book of Records.

Pengiktirafan oleh Asia Book of Records ini sekaligus menunjukkan komitmen dan kesungguhan Pengasas dan Pengarah Perubatan Neo Medicare, Profesor Dr Ab Aziz Al Safi yang mahu memperbaiki kualiti hidup pesakit buah pinggang dan usahanya dalam bidang perubatan integratif.

Apa yang menariknya adalah pengiktirafan pakar perubatan ini dilakukan kerana kejayaannya merawat sejumlah 5,000 pesakit CKD dalam tempoh 13 tahun yang lalu tanpa memerlukan dialisis.

Ia juga telah disahkan pada 16 Mei 2024, yang menandakan pencapaian luar biasa dalam bidang perubatan di Malaysia dan Asia.

Rawatan CKD yang dilakukan Ab Aziz adalah hasil gabungan perubatan alopatik konvensional bersama teknik perubatan integratif seperti pengubahsuaian diet, rendaman air panas, rawatan 360 darjah yang diperkenalkan oleh Dr. Binwaroop Roy Chowdhury, dan terapi bekam.

Semua rawatan ini dijalankan di klinik Nco Medicare di Kota Bharu, Kelantan.

Sedikit latar belakang Ab Aziz, beliau merupakan bekas Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pakar Perunding Kanan di Pusat Diabetes Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau juga mengetuai Kumpulan Penyelidik Bekam Klinikal USM Kubang Kerian dan merupakan Pengasas serta Penyelaras Kursus Diploma Eksekutif Jurubekam Klinikal di USM.

Dengan menggunakan teknik diagnostik dan rawatan alternatif berasaskan bukti saintifik, setiap masalah kesihatan dikenal pasti dan kemudian menggunakan penyelesaian penjagaan perubatan bersepadu untuk menangani masalah yang dihadapi.

“Daripada pengamatan saya yang mempunyai pengalaman selama 26 tahun sebagai pakar perubatan integratif, doktor dan pensyarah, perubatan moden sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah penyakit kronik terutama penyakit buah pinggang kronik.

“Di Malaysia sahaja terdapat lebih 9,000 pesakit buah pinggang baharu setiap tahun dan jumlah 4.5 juta rakyat Malaysia mengidap masalah buah pinggang. Kehidupan mereka yang menjalani dialisis ini cukup perit kerana perlu menjalani rawatan hampir setiap minggu, malah kosnya sangat mahal. Malah Malaysia kini berada di tangga kedua tertinggi didunia yang memiliki pesakit buah pinggang dan bergantung dialisis setiap minggu” katanya.

Jelasnya, selain kaedah menjaga diet pemakanan yang ketat selama setahun, proses bekam juga turut digunakan bagi membuang darah kotor dalam badan.

“Rawatan bekam klinikal yang kami tawarkan amat unik kerana ia berpaksikan prosedur operasi standard (SOP) ketat, bersih, selamat dan memberikan kesan perubatan yang positif.

“Lebih menarik, segala perundingan dan rawatan dipantau oleh saya sendiri serta dikendalikan oleh kakitangan terlatih dan berpengalaman” ujarnya dalam majlis penganugerahan yang berlangsung di hotel Eastin.

Pasukan Kumpulan Neo Medicare pakar dalam menggunakan penjagaan perubatan integratif untuk membantu merawat penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang kronik (CKD), diabetes mellitus dan sindrom metabolik serta penyakit kronik yang lain.

Kumpulan perubatan turut dilengkapi dengan pelbagai mesin dan peralatan canggih dan termaju seperti hipertermia, ECP dan CTU dan i-tera bagi mempercepatkan proses pemulihan.

BBerkaitan

Latest articles