JOHOR BAHRU: Kembali ke kerusi asal Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, Abd Mutalip Abd Rahim berjanji mahu melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat setempat.
Ditemui pemberita selepas proses penamaan calon hari ini, Abd Mutalip berkata meskipun beliau tidak lagi bergelar wakil rakyat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, namun itu tidak bermakna beliau lupa akan khidmat bakti kepada mereka.
“Sebenarnya kalau dah pernah jadi wakil rakyat sebelum ini, macam mana keadaan sekalipun rakyat tetap akan cari kita dan kita tetap akan membantu mereka walaupun kita bukan lagi wakil rakyat.
“Walaupun saya dah tak bertanding, saya tetap buat kerja saya, walaupun bersara pada ketika itu, kita tetap bantu dari segi keperluan dan masalah mereka,” katanya.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Layang-layang menyaksikan pertandingan secara empat penjuru.
Ianya dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus PRN Simpang Renggam, Abdul Hakim B Abdul Manaf pada jam 10.32 pagi tadi.
Empat calon terbabit ialah calon Dr Mazlee Malik (PKR), Alagathiran A/L Krishnan (PN), Abd Mutalip Abd Rahim(BN) dan calon dari Pejuang, Ahmad Shafiq .