Hebatnya Ustaz Ebit Lew, Satu Kampung Berjaya Diislamkan

Pendakwah yang sering melakukan kerja-kerja kebajikan, Ustaz Ebit Lew terus mendapat pujian rakyat Malaysia apabila berjaya menarik komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Pulau Tatagan, Semporna untuk memeluk Islam.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebooknya dimana Ustaz Ebit berkata mereka yang tinggal di dalam bot atau pondok kecil di atas laut itu tampil sukarela mengucap syahadah.

“Ya Allah, menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam.

“Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau Laut kumpulan manusia tanpa negara.

“Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun,” ceritanya.

Ustaz Ebit turut meluahkan rasa sebaknya sejurus ramai daripada mereka tiba-tiba bertanyakan tentang Tuhan.

“Saya dengan penterjemah tanya, pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tidak tahu. Tolong beritahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua di keliling bot tadi.

“Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles