Harga Saham Azam Berjumlah RM330,000

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, harga saham yang dikaitkan dengan mengulas lanjut mengenai dakwaan pemilikan saham membabitkan Tan Sri Azam Baki mampu dimiliki oleh kebanyakan orang.

Malah harga saham yang dimiliki oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu pada tahun 2016 adalah pada harga pada harga RM330,000 bagi sejuta unit.

Dimana pada tahun itu harga bagi seunit saham adalah antara 30 sen hingga 33 sen.

Saiz saham semasa yang dipegang oleh Azam itu, katanya sudah terkumpul sejak bertahun-tahun.

“Berdasarkan harga awal, ia bukan saham yang mahal untuk dibeli. Dan saya percaya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan kita.

”Bagi peniaga pasaran saham yang aktif, ini perkara biasa untuk meningkatkan pegangan saham secara beransur-ansur dari semasa ke semasa terutamanya apabila melihat potensinya,” tambah beliau.

Wan Junaidi berkata, tiada undang-undang atau peraturan yang menghalang penjawat kerajaan daripada memperoleh saham dalam syarikat senaraian awam.

Di bawah Akta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, kakitangan kerajaan hanya dilarang berdagang dalam pasaran niaga hadapan dalam dan luar negara.

Manakala mereka yang memiliki saham dalam syarikat senaraian awam dikehendaki mengisytiharkannya sebagai aset.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan pemilikan saham membabitkan Azam, Wan Junaidi memberi jaminan bahawa siasatan terhadap Ketua Pesuruhanjaya SPRM itu akan dilakukan mengikut undang-undang.

Jelas beliau, kes ini sedang diteliti oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Polis Diraja Malaysia, selain pandangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) juga akan diambil kira.

” Saya tahu ramai yang menuntut tindakan diambil terhadap Tan Sri Azam.

”Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan semua bahawa perkara ini masih dalam siasatan dan kita hanya boleh membuat keputusan berhubung perkara itu setelah selesai siasatan oleh SC dan PDRM.

“Sementara siasatan ini selesai, saya berharap semua orang akan bertenang kerana kami sedang berusaha sedaya- upaya untuk menyelesaikannya dengan cara yang terbaik,” kata beliau.

Dalam pada itu, Wan Junaidi memaklumkan satu kajian terperinci perlu dijalankan berhubung tuntutan untuk meletakkan SPRM di bawah Parlimen.

Untuk memastikan SPRM berfungsi secara berkesan, agensi itu perlu beroperasi secara bebas dan penubuhan SPRM di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) memastikan kebebasan suruhanjaya dan ini tidak boleh dikompromi dalam apa cara sekalipun.m

BBerkaitan

Latest articles