Hanya Calon UMNO Sahaja Layak Jadi TPM

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengingatkan kerajaan yang diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melantik timbalan perdana menteri daripada UMNO sahaja.

Ini penting supaya tiada istilah ‘dua nakhoda dalam satu kapal’ sekiranya pelantikan bagi jawatan nombor dua tertinggi itu datangnya daripada parti lain.

Mohd Puad menambah, kerajaan Ismail Sabri juga perlu ada sebuah Kabinet yang beliau ada kuasa perintah (command).

“Dia tutup pintu depan, orang lain buka pintu belakang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, melantik TPM adalah prerogatif seorang perdana menteri.

Sebab itu, ujarnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melantik TPM dalam kalangan UMNO walaupun majoriti menteri UMNO ketika itu bukan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Bagaimanapun , Mohd Puad berpandangan, Ismail Sabri perlu Kabinet yang ada kerja berpasukan.

”Kerajaan tersepit kerana majoriti lemah tetapi jangan tambah lemah kerana ikut cakap orang lain,” ujarnya sambil mencadangkan perdana menteri melakukan rombakan Kabinet atau mendapatkan mandat baharu.

Latest articles

Related articles

spot_img