GRS Akur Titah Agong Bentuk Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) senada dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk akur kepada keputusan dan nasihat Yang Di Pertuan Agong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

Justeru itu, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GRS berpendirian bahawa adalah perlu pembentukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera.

“GPS berpendirian bahawa kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat.

“Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

GRS dan GPS sebelum ini menyatakan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan kerajaan persekutuan, termasuk Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Namun, GPS kemudian menyatakan bahawa ia menyerahkan pelantikan perdana menteri baharu kepada Agong.

BBerkaitan

Latest articles