GITC ditubuhkan, jayakan agenda TVET negara

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) yang berlangsung hari ini memperakukan penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata badan diterajui industri itu akan terbabit secara langsung dalam pembangunan modal insan TVET negara, khususnya berkaitan keperluan kemahiran dan tenaga kerja.

“Keanggotaan GITC terdiri daripada 12 persatuan berdasarkan sektor industri yang bersetuju bersama-sama berganding bahu menjayakan agenda TVET negara melalui GITC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat dipengerusikannya itu dijalankan secara telesidang dan dihadiri oleh 13 menteri, tokoh industri termasuk dari Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia, ahli akademik dan wakil pelajar.

Beliau berkata, mesyuarat sama turut bersetuju dengan pelaksanaan Hab Kerjasama TVET, membabitkan 11 kementerian. Hab itu yang diselaraskan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal menjadi platform kolaborasi strategik kepakaran, peralatan dan teknologi antara pusat kecemerlangan dengan institusi TVET, pihak berkuasa wilayah ekonomi dan industri.

BBerkaitan

Latest articles