Friends of Dr Adham Baba Tiada Kaitan Dengan Pejabat Menteri Kesihatan

Facebook Friends of Dr Adham Baba menafikan ia mempunyai kaitan dengan pejabat Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba dan menegaskan page berkenaan tidak dikendalikan oleh kakitangan pejabat Dr. Adham, seperti yang didakwa oleh seorang netizen Adrian Lim Chee Eng.

Menurut Friends Of Dr. Adham, tulisan Adrian Lim itu adalah bersifat jahat dan mahu mencalarkan imej Dr.Adham serta pejabat Menteri berkenaan.

“Dakwaan Adrian ini jahat dan telah mengundang komen negatif yang tidak sepatutnya. Pihak berkuasa dan SKMM perlu mengambil tindakan tegas terhadap posting Adrian Lim ini,” kata page Friends of Dr Adham Baba.

Page berkenaan mengulas mengenai satu posting dalam Facebook Adrian Lim Chee En yang menulis:

“Tahniah rakyat Malaysia yang memviralkan edisi kantoi pagi tadi. Akhirnya kaki pengampu kak bodek (Friends of Dr Adham Baba) tersungkur.

Kalau tak silap page tersebut dikendalikan oleh staff pejabat Adham Baba sendiri.

Friends of Dr Adham Baba sebelum ini telah membetulkan laporannya berhubung satu entri di Facebook miliknya mengenai laporan mereka yang memetik kenyataan bekas ahli politik Belanda, Joram Van Klaveren yang memuji usaha Malaysia memerangi Covid-19.

Klaveren adalah bekas ahli Parlimen daripada Parti Kebebasan Belanda. Tahun lepas, Klaveren menerusi Twitternya berkata beliau tidak pernah mempunyai sebarang akaun Facebook dan Instagram.

Berikutan itu, Facebook Friends Of Dr. Adham Baba telah menyunting semula artikel berkenaan dan membuat pembetulan.

“Untuk makluman artikel ini telah diperbetulkan semula dan kenyataan kononnya dari Ahli Parlimen Belanda bernama Joram van Klavere itu telah disemak dan didapati bukan daripada akaun rasminya.

“Pihak kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan netizen yang menyemak maklumat yang sebenar. Terima kasih atas sokongan semua dan kami telah menyunting kembali artikel ini setelah menyemak pengesahan yang dibuat,” tulis Friends Of Dr. Adham Baba.

BBerkaitan

Latest articles