Dulu Lawan, Kini Khalid Kata UMNO Parti Melayu Terbaik

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengakui UMNO sebagai antara parti Melayu terbaik di negara, selepas mereka menjalin kerjasama di bawah Kerajaan Perpaduan.

Ini memandangkan tempoh yang lama UMNO menjadi kerajaan di negara ini, selain rekod pentadbiran yang cemerlang.

“Parti Melayu ada tiga yang benar-benar berdiri di atas nama parti Melayu. Antara yang tiga ini, kita lihat yang terbaik adalah UMNO.

“Kerana paling kurang dia (UMNO) faham politik itu untuk apa. Mereka telah berjasa, sekian lama,” katanya dalam satu ceramah PH di Shah Alam.

Sebelum kerjasama Kerajaan Perpaduan, UMNO dikenali sebagai musuh kepada Pakatan Harapan (PH) dan gabungan pembangkanh terdahulu.

Khalid pada awal tahun ini mencetuskan kemarahan penyokong UMNO apabila menggesa permohonan pengampunan bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak ditolak.

Susulan kenyataan itu, UMNO Kelantan berhasrat untuk menamatkan kerjasama dengan Amanah pada PRN akan datang.

Untuk rekod, Khalid adalah ketua Amanah Kelantan.

Sementara itu, dalam ucapan yang sama, Khalid turut mengecam Bersatu dan menuduh parti itu sebagai pengkhianat.

Beliau mengaitkan pengisytiharan darurat dan menggantung Parlimen ketika pandemik Covid-19, semasa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

“Apa manfaat yang datang? Tak boleh ada semak dan imbang, tak boleh tentukan sama ada yang beliau buat itu terbaik atau tidak, tak boleh bahas, duduk di rumah demi PKP (perintah kawalan pergerakan),” katanya.

Begitu juga dengan PAS, apabila Khalid mendakwa parti Islam itu sudah jauh terpesong.

“Kalau dulu ikon Nik Aziz Nik Mat (bekas mursyidul am PAS), sekarang ikonnya Sanusi Nor. Banding ikon ini pun kita tahu sejauh mana terpesong mereka,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles