Dua Mesyuarat BN Malam Ini Untuk Muktamad Sokongan

KUALA LUMPUR: Perbincangan menyeluruh berhubung sokongan kepada gabungan parti politik yang mungkin membentuk kerajaan Persekutuan akan menjadi Intipati utama dua mesyuarat Barisan Nasional (BN) malam ini.

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan mesyuarat berkenaan melibatkan Dewan Tertinggi BN dan mesyuarat bersama Ahli Parlimen BN ri Ibu Pejabat UMNO dekat Menara Dato Onn, pada jam 9 malam ini.

“Nanti kita tunggu selepas meeting (mesyuarat) malam ini. Terlalu awal untuk saya menyatakan sebarang pendirian.

“Dua meeting itu saya boleh sahkan, satu (Dewan Tertinggi) BN dan satu lagi (bersama) Ahli Parlimen,” katanya.

Hishammuddin juga enggan memberikan jawapan apabil diajukan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Tegasnya apa jua ketetapan perlu dibuat berdasarkan keputusan dicapai gabungan berkenaan secara kolektif.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup dilihat tiba di Ibu Pejabat UMNO bagi menyertai mesyuarat berkenaan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Petang tadi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN mengadap baginda di Istana Negara, jam 10.30 pagi esok.

Semua Ahli Parlimen BN itu dititahkan mengadap Agong secara berasingan bagi menyatakan sokongan untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti diperuntukkan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

BBerkaitan

Latest articles