DAP Tak Pernah Bincang Kerjasama Dengan UMNO

Dakwaan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar kononnya UMNO sedang berunding dengan DAP untuk mengadakan kerjasama disanggah Lim Guan Eng.

Ujar Setiausaha Agung DAP itu, jika ada sekali pun perbincangan kerjasama itu, beliau – selaku individu yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti pasti mengetahui dan terlibat dalam mesyuarat tersebut.

“Perbincangan berhubung kerjasama politik seperti itu mesti turut melibatkan pemimpin-pemimpin parti termasuk Setiausaha Agung DAP iaitu saya tapi saya sebagai pemimpin dalam DAP tidak pernah melakukannya (perbincangan).

“Jangan heret DAP dalam isu ini…kami tiada kaitan,” katanya semalam.

Guan Eng mengulas dakwaan Annuar bahawa UMNO kini sedang bersiap untuk bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan baharu.

Memperkuatkan dakwaan itu, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dilaporkan berkata ahli-ahli UMNO telah bertemu dengan pemimpin DAP untuk membincangkan perkara itu. 

Guan Eng menyifatkan khabar angin berkenaan kerjasama antara DAP dan UMNO untuk membentuk pakatan baharu di peringkat kerajaan persekutuan sama sekali tidak benar dan tidak berasas.

Latest articles

Related articles

spot_img