Dah Kata Parti ‘Rasuah, Penyamun’, Mahukah PAS Bekerjasama Dengan UMNO Lagi?

KUALA LUMPUR: Label dan tanggapan yang diberikan PAS kepada UMNO disambut semula oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki dengan pertanyaan.

”Boleh ke Parti Islam bekerjasama dengan parti yang telah dilabelkan sebagai parti ‘rasuah’, ‘penyamun’ dan ‘perompak’?,” soalnya.

Ketua Pemuda UMNO itu menimbulkan persoalan sedemikian selepas membaca komen-komen pemimpin dan penyokong PAS dalam media sosial.

Di kala ramai pemimpin PAS menggelarkan UMNO sebagai parti yang diterajui oleh mereka yang merasuah dan merompak, namun dalam masa yang sama mereka tetap juga mahu bekerjasama dengan UMNO.

Apatah lagi mahu mengekalkan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) meskipun UMNO enggan meneruskannya selepas PAS turut bekerjasama dengan Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN).

BBerkaitan

Latest articles