COVID-19: PM Nasihat Orang Ramai Ambil Dos Penggalak

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bekalan vaksin Covid-19 masih terdapat kira-kira enam juta dos.

Anwar berkata, Malaysia mempunyai vaksin COVID-19 yang mencukupi tetapi banyak yang terpaksa dilupuskan kerana kurang sambutan daripada rakyat untuk mengambil dos penggalak.

Sehingga kini, katanya hampir 49 peratus orang ramai sudah melengkapkan suntikan dos penggalak bagi Covid-19.

“Jadi saya syorkan, bermula dengan wartawan yang belum ambil dos penggalak untuk ambil kerana mengikut unjuran dan kajian Kementerian Kesihatan (KKM), jangkitan ini belum tamat.

“Jadi jika begitu, yang sudah ambil dos pertama dan kedua, harus mengambil dos penggalak kerana vaksinnya masih ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles