Covid-19 : Jika Tidak Berhati-hati, Musibah Bakal Berlaku – WHO

Satu peringatan serius telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa ada musibah bakal berlaku tentang penyakit Covid-19 kerana ada negara sudah mula memberi kelonggaran ke atas peraturan khusus yang diwujudkan oleh menangani penularan jangkitannya.

Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dan beberapa pakar perubatan lain memberikan petunjuk akan ada kemungkinan Covid-19 tersebar di benua Afrika kerana sistem rawatan kesihatannya masih agak ketinggalan.

Beliau tidak pula menyatakan bagaimana kesan daripada wabak itu akan menjadi lebih buruk.

Covid-19 setakat sekarang sudang menjangkiti kira-kira 2.5 juta orang dan 166,000 orang telah meninggal dunia akibatnya.

“Percayalah… Perkara lebih buruk menanti kita.

“Mari kita berusaha mencegah tragedi ini. Ia adalah virus yang masih tidak difahami ramai orang,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat WHO, di Geneva, Switzerland semalam.

Ada beberapa buah negara di benua Asia dan Eropah kini mula meletakkan kelonggaran kepada perintah untuk kuarantin, penutupan sekolah dan premis perniagaan termasuk larangan untuk mengadakan perhimpunan.

Langkah itu diambil selepas melihat ada penurunan kes mendadak atau ketiadaan kes kematian yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini.

Tedros dan agensi pimpinannya berada dalam keadaan tegang selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada minggu lalu mengarahkan dana yang diberikan Amerika kepada agensi antarabangsa itu dihentikan.

AS adalah penyumbang dana terbesar kepada agensi kesihatan bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Trump antara lain mendakwa WHO gagal berkongsi dan bersikap telus dalam penyaluran maklumat mengenai wabak itu sejak ia dikesan di China pada akhir tahun lalu.

“Tidak ada sebarang rahsia di WHO kerana merahsiakan perkara seperti ini amat berbahaya. Ia adalah soal kesihatan dan keselamatan manusia sejagat,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles