Bukan Kerana Hudud, Mat Sabu Dedah Punca PAS Tinggalkan PR Kerana Nak Bersama UMNO

KUALA LUMPUR: Seperti yang dijanjikan, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu mendedahkan punca PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) pada 2015 bukan kerana penolakan DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud.

Sebaliknya, Mohamad yang juga bekas Timbalan Presiden PAS memberitahu parti itu mahu bersama UMNO ketika menjelangnya pilihan raya umum ketika itu.

Mohamad yang dipanggil Mat Sabu menyifatkan alasan Tan Sri Abdul Hadi Awang kononnya PAS berpisah dengan PR kerana isu hudud dan negara Islam adalah satu pembohongan semata-mata selain tidak menceritakan perkara sebenar kepada rakyat.

“Hadi tak cerita yang ini, iaitu DAP minta negara Islam tidak boleh disebut dan PAS bersetuju ganti negara Islam dengan negara berkebajikan atau negara yang adil. PAS sanggup gugur negara Islam dan diganti dengan kerajaan berkebajikan. Ada tak pemimpin PAS beritahu hal ini? Kenapa dia sembunyi fakta ini?.

“Menjelang PRU2013, isu hudud bergema di Malaysia dan pemimpin PR mengadakan perbincangan, akhirnya keputusan ‘agree to disagree’ (bersetuju untuk tidak bersetuju) dicapai, kita teruskan kerjasama dengan yang bersetuju bersama banyak perkara, yang tidak bersetuju satu, dua perkara, antaranya hudud.

“Bercerai dengan DAP tidak melalui perbincangan bukan masalah hudud tapi mereka ke arah nak bersama Umno, meninggalkan DAP dan PKR,” kata bekas timbalan presiden PAS itu dalam ceramah kelompok di PRK Simpang Jeram, malam tadi.

PAS kemudiannya bertindak memutuskan hubungan dengan DAP melalui muktamar pada 2015 walaupun tanpa perbincangan panjang.

“Tapi presiden PAS kata DAP tolak negara Islam sebab itu pecah…tapi dia tok guru dia cakap kamu percaya.

“Bila ulama cakap tak benar orang terima tapi bila kita cakap, orang biasa tak terima kerana saya kononnya tidak berilmu,” katanya lagi.

Kenyataan Mat Sabu menyusul selepas Abdul Hadi membuat dakwaan sedemikian di ceramah di markas PAS Bakri Sabtu lalu, ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram.

Abdul Hadi juga berkata tindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu menubuhkan Amanah kerana takut kalah pilihan raya.

PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS ditubuhkan pada 2008 berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen ketika itu selain menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak.

Bagaimanapun, gabungan itu terkubur tujuh tahun kemudiannya susulan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

BBerkaitan

Latest articles