BN Namakan Shahrim MD Zain Sebagai Calon di PRK N23 Chini

Barisan Nasional menamakan Shahrim Md Zin, 41 tahun bagi mewakili parti itu bagi menghadapi Pilihanraya Kecil N23 Dun Chini.

Shahrim yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan merupakan  anak muda belia yang aktif di peringkat negeri dan Kawasan.

Beliau yang juga Naib Pengerusi 1, Majlis Belia Pahang dan juga Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Kuantan merupakan anak generasi ke2 peneroka felda.

Shahrim juga merupakan bekas pegawai kepada Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun dan pernah menjadi Pegawai Koperasi Felda.

Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itu dibuat Di dalam suasana yang ceria disebalik peraturan yang ketat di bawah SOP SPR di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Pemulihan).

PRK DUN Chini diadakan selepas penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur kerana serangan jantung.

SPR menetapkan PRK DUN Chini pada 4 Julai dengan 20 Jun ini sebagai hari penamaan, manakala hari pengundian awal pada 30 Jun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, manakala calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).

BBerkaitan

Latest articles