BN Hampir Sapu Bersih Kubu Kuat, Onn Hafiz Kekal Pertahan Machap

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) semakin hampir mengesahkan kemenangan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi kubu tradisinya, termasuk DUN Machap yang ditandingi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi ketika hanya tinggal beberapa saluran mengundi belum selesai dikira, BN terus mengekalkan pendahuluan dengan majoriti besar di kebanyakan kerusi berkenaan, sekali gus menjadikan peluang lawan untuk mengejar semakin tipis.

Antara DUN yang hampir pasti kekal dalam genggaman BN ialah Machap, Benut, Tanjung Surat, Sri Medan, Tenggaroh, Pasir Raja, Kahang, Endau, Penawar, Johor Lama, Maharani dan Sedili.

Gabungan itu turut berada di hadapan di DUN Parit Raja, Buloh Kasap, Pemanis, Bukit Kepong, Semerah, Semarang, Kemelah, Pulai Sebatang, Pekan Nenas, Rengit, Kukup, Kota Iskandar, Bukit Permai dan Serom.

Di beberapa kerusi yang sebelum ini dianggap sengit, BN turut menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mendahului dengan majoriti yang selesa di DUN Permas, Tiram, Bukit Batu, Yong Peng dan Tangkak.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) dijangka mengekalkan penguasaannya di DUN Bentayan dan Penggaram apabila terus mendahului kiraan undi.

Gabungan itu juga masih berada di hadapan di DUN Senai, Skudai, Larkin dan Simpang Jeram berdasarkan keputusan tidak rasmi semasa.

BBerkaitan

Latest articles