BN Bergerak Sendiri Pada PRU15 – Tok Mat

SEREMBAN: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang menyaksikan Barisan Nasional (BN) nekad untuk bergerak sendirian dan tidak terikat dengan parti-parti yang lain.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, sambil menambah kerajaan yang dibentuk selepas PRU15 itu mestilah kerajaan yang mendapat majoriti besar sekali gus membawa kepada kestabilan politik selain berpegang kepada resolusi Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang tidak mahu kerjasama dengan parti lain.

“Jelas sekali UMNO ambil jalan untuk kita berseorangan (PRU15) dan tidak lagi terikat mana-mana parti, kita tidak mahu sebarang ikatan yang boleh mengekang tetapi apa jua rundingan atau ikatan adalah selepas PRU15.

“Kalau parti tidak boleh buat maka elok difikirkan bersama atau membuat ikatan dengan parti yang boleh dijadikan rakan kongsi untuk bina kerajaan yang kuat, itu juga antara usul dicadangkan dalam Persidangan  Perwakilan UMNO Bahagian Rembau tadi,” katanya.

Timbalan Presiden UMNO itu turut diajukan berkenaan kedudukan Perdana Menteri, sama ada dibincangkan dalam persidangan itu.

Mohamad berkata, tiada sebarang usul mengenai kedudukan PM dibangkitkan selain meletakkan perkara itu kepada kepimpinan tertinggi parti.

“Tak ada apa-apa perbincangan, tidak timbul soal sokong atau tidak sokong PM, kita ikut keputusan Majlis Tertinggi tempoh hari, kita beri mandat kepada lima orang kepimpinan tertinggi parti, namun terpulang kepada Bahagian masing-masing (usul kedudukan PM), kita tidak berikan apa-apa guideline (garis panduan),” katanya

BBerkaitan

Latest articles