BERSATU Sah Sertai PRN Melaka, Sedia Bincang Pakatan Pilihan Raya

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Biro Politik BERSATU yang dipengerusikan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Ahad.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, parti itu memaklumkan pihaknya turut bersedia membincangkan dan memperhalusi bentuk kerjasama atau pakatan pilihan raya (electoral pact) bagi menghadapi PRN berkenaan.

“BERSATU akan menyertai Pilihan Raya Negeri Melaka.

“BERSATU bersedia untuk membincangkan dan memperhalusi bentuk kerjasama atau electoral pact,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

BERSATU turut memutuskan untuk menggunakan simbol parti dalam PRN Melaka, manakala jumlah dan kerusi yang bakal ditandingi akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan itu, cadangan mewujudkan electoral pact pada PRN Melaka bertujuan mengoptimumkan potensi bagi menjamin kestabilan dan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri yang sederhana serta progresif demi kesejahteraan rakyat.

Pada masa sama, BERSATU merayu rakyat Melaka memberi peluang kepada calon parti itu untuk mewakili suara rakyat serta membawa perubahan yang didakwa memberi manfaat secara langsung kepada seluruh rakyat negeri berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles