Aung San Kuu Kyi Ditahan Junta Tentera Myanmar

Pengerusi Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Aung San Suu Kyi ditahan junta tentera Myanmar dalam satu serbuan, demikian menurut jurucakap parti berkenaan pagi tadi.

“Kita mendapat perkhabaran Presiden (Win Myint) dan Kaunselor Negara (Aung San Suu Kyi) sudah ditahan di Naypyidaw… kami juga mendengar mereka ditahan oleh tentera.

“Kita beranggapan bahawa tentera sedang merancang untuk merampas kuasa, berdasarkan situasi semasa dan apa yang kami perhatikan ketika ini.

“Sistem telekomunasi terganggu…sukar untuk menghubungi telefon di Naypyidaw,” kata jurucakap berkenaan, Myo Nyunt.

Penahanan Suu Kyi dibuat kira-kira seminggu selepas pemimpin kanan tentera, Jeneral Min Aung Hlaing mengumumkan tidak menolak kemungkinan rampasan kuasa akan berlaku dengan matlamat memansuhkan Perlembagaan Myanmar.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah (NLD) pimpinan Suu Kyi menang besar.

BACA JUGA – Polis Sahkan Lebam, Luka Lama Dan Baru Di Badan Mangsa Dera

Myanmar yang baru sedekad keluar selepas hampir 50 tahun diperintah tentera, masih berada di bawah sistem demokrasi dikawal ketat jeneral tentera walaupun pada hakikatnya berkongsi kuasa dengan pentadbiran dipilih rakyat.

Wakil rakyat baharu dijangka bersidang di Parlimen hari ini.

Pemilihan pada November lalu adalah pilihan raya demokratik yang kedua di Myanmar sejak negara itu keluar daripada regim pemerintahan diktator 49 tahun.

Seperti diharapkan, Suu Kyi, tokoh sangat dikenali di Myanmar dan partinya menyapu bersih pemilihan, sekali gus meneruskan pentadbiran mereka selama lima tahun lagi.

Bagaimanapun, tentera mendakwa terdapat 10 juta kes penipuan pemilih di seluruh negara dan mahu siasatan diadakan serta menuntut pelepasan daftar pemilih dari suruhanjaya pilihan raya bagi tujuan pengesahan.

BBerkaitan

Latest articles