Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan video dan gambar beberapa rangka pesawat (yang dikatakan jenis F-5E buatan Amerika Syarikat) yang tular di media sosial bukan miliknya.
Dalam kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, pihaknya juga ingin menjelaskan semua pesawat milik TUDM berada dalam pegangan pihaknya dan diuruskan secara sistematik, selamat dan bersesuaian dengan pengoperasian TUDM.
“Pihak TUDM menyeru agar tidak dilanjutkan sebarang andaian yang boleh menimbulkan spekulasi...
**Kenyataan Rasmi Mengenai Peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Lembaga Pengampunan**
**KUALA LUMPUR** – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, tidak menganggotai Lembaga Pengampunan atau terlibat dalam urusan yang melibatkan lembaga tersebut.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, menjelaskan bahawa mengikut Perkara 42(11) Perlembagaan Persekutuan, Menteri Wilayah Persekutuan adalah anggota Lembaga Pengampunan untuk Wilayah Persekutuan...