Anwar Dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Brunei

​BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

​Anwar berkata penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Dato Laila Utama’ itu amat bermakna serta menjadi lambang keakraban dan hubungan persaudaraan istimewa antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam.

​”Menjunjung kasih KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas pengurniaan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.),” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

​Pengurniaan berkenaan disempurnakan sempena lawatan kerja Anwar ke Brunei.

BBerkaitan

Latest articles