KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, selesai mengangkat sumpah sebagau Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Istana Negara.
Pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu mendapat perkenan Agung selepas memperhalusi pandangan Raja-raja Melayu pagi tadi.
Dua hari lalu Agong meminta PH dan Perikatan Nasional (PN) bergabung membentuk kerajaan perpaduan.
Namun Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan itu dengan alasan bertentangan dengan prinsip PN untuk bekerjasama dengan PH.
Meskipun Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah pada awalnya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri, kedua-dua gabungan itu kemudian mengumumkan mereka akan mengikut hasrat Agong.
Semalam, Umno mengumumkan ia menyokong Barisan Nasional mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang tidak diterajui PN.