Amirudin, Aminuddin Pertahan Kerusi Masing-masing

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua apabila dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dicalonkan semula di kerusi DUN Sikamat di Negeri Sembilan.

Kedudukan kedua-dua Naib Presiden PKR itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Manakala Ketua Cabang PKR Ampang, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet diumumkan sebagai calon bagi kawasan DUN Lembah Jaya.

BBerkaitan

Latest articles