Ahmad Said ulangi cabaran debat dengan Samsuri berhubung isu penjualan tanah

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, hari ini mengulangi cabaran berdebat dengan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mengenai sebidang tanah di Kuala Terengganu yang didakwa dijual di bawah harga pasaran.

Ahmad Said yang juga Adun Kijal itu berkata beliau mahu tahu sama ada tanah berkenaan – didakwa bernilai RM29 juta – dijual kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunissa’) dengan harga RM550,000.

Beliau berkata, Ahmad Samsuri tidak perlu takut sekiranya dia berada di pihak yang benar.

“Saya kata saya bila-bila masa boleh berdebat dengan dia (Ahmad Samsuri Ahmad).

“ Ya memang dia salah sebab tu dia tak berani. Sebab tu saya kata kalau dia tak mampu dia boleh bawa ke PDT (Pejabat Daerah Tanah) sebab saya pernah bawa ke pejabat tanah saya tahu undang-undang tanah, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Perhimpunan Agung UMNO 2023, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Said berkata, Ahmad Samsuri kini cuba memainkan isu bahawa UMNO juga turut memberikan tanah.

“Sekarang ni dia cuba war-warkan umno bagi tanah Saya kata betul dari segi perlembagaan UMNO ada pemilikan harta tanah dan sebagainya tapi kita bagi tanah kerajaan bukan tanah ambil balik. Ini tanah ambil balik.

“Dia menang pada tahun 1999 dia serahkan tanah ini pada koperasi. Kita ambil balik dengan harga RM6.7 juta. Selepas itu kita wartakan…pastu dia menang balik dia beri semula kepada koperasi,” katanya.

Ahmad Said yang pernah menerajui kerajaan Terengganu turut mempersoalkan logik di sebalik harga RM500,000 berdasarkan bayaran premium tanah.

“Nilai tanah RM6.7 juta, premium biasa tanah yang patut dikenakan adalah lapan peratus setahun. Tetapi dia nilaikan denga harga RM5.5 juta dan mengarah tanah untuk dibayar dengan harga RM550,000.

“Sedangkan nilai semasa tanah dibuat kerajaan negeri bernilai RM29 juta. Nilai RM29 juta kamu beri hanya RM550,000… mana modal kerajaan?

Pada masa sama, beliau turut menyatakan bahawa perkara telah dibawa kepada perhatian Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menggesa SPRM segera menyiasat perkara tersebut.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini