Agong Harap Anwar PM Terakhir Sebelum ‘Pulang’ Ke Pahang

KUALA LUMPUR: Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bersyukur apabila baginda sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang telah diberi kesihatan untuk memerintah negara dengan empat perdana menteri bersama empat jemaah menteri berlainan.

Bertitah merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini, baginda turut berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri terakhir sebelum pemerintahannya berakhir.

“Beta berharap perdana menteri yang ke-10 ini adalah yang terakhir sebelum beta berangkat pulang ke Pahang,” titahnya.

Untuk rekod Sultan Abdullah secara rasmi ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan 2019.

Baginda akan menamatkan pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan 2024.

BBerkaitan

Latest articles