AG: Keputusan DNAA Riza dibuat lepas dapat taklimat DPP

Peguam Negara (AG) Tan Sri Idrus Harun berkata beliau dinasihat bahawa bekas AG Tan Sri Tommy Thomas telah bersetuju kepada cadangan yang secara prinsipnya bagi penyelesaian terhadap pertuduhan pengubahan wang haram Riza Shahriz Abdul Aziz.

Idrus dalam kenyataan media hari ini berkata, keputusan bagi pendakwa memohon kepada Mahkamah Sesyen pada 14 Mei bagi pihak Riza diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) ke atas kelima-lima pertuduhan juga dibuat selepas perbincangan antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan peguam Riza.

“Saya telah dinasihati bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, selepas meneliti surat representasi, melalui satu minit bertarikh 19 Nov, 2019 telah memohon pandangan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, dan turut menyatakan berdasarkan cadangan-cadangan yang dinyatakan di atas beliau bersedia untuk memberi pertimbangan kepada representasi itu.

“Saya selanjutnya telah dinasihatkan bahawa Datuk Seri Gopal Sri Ram, setelah berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya, telah mencadangkan agar cadangan-cadangan yang dinyatakan di dalam representasi itu diterima oleh SPRM. Saya juga telah dinasihatkan bahawa Tan Sri Tommy Thomas telah secara prinsip bersetuju dengan cadangan itu. Ini telah membuka jalan kepada rundingan lanjut dan perancangan mekanisme yang perlu diambil, diadakan,” katanya.

Beliau berkata, pada 11 Mac, 2020, pihak Peguam Cara telah menghantar satu lagi surat representasi mengukuhkan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan sebelum ini dan memberi aku janji bahawa, jika Riza Aziz gagal untuk mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan, kelima-lima pertuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan ke atasnya dikekalkan.

 

KRONOLOGI KES REZA AZIZ

18 Nov 2019-  

  • Peguam tertuduh hantar surat representasi kepada peguam negara untuk mohon kaji semula pertuduhan.
  • Mencadangkan agar Riza menyerahkan haknya ke atas tiga hartanah yang disita oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dan memberi kerjasama untuk mengembalikan harta-harta tersebut atau nilainya kepada kerajaan Malaysia
  • Hartanah tersebut adalah, seunit banglo di Beverly Hills, California; seunit pangsapuri di New York; dan seunit rumah bandar di London, United Kingdom.
  • Bersedia membayar sejumlah kompaun selaras dengan peruntukan seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

19 Nov 2019- Minit Tommy Thomas

  • Memohon pandangan daripada DPP Gopal Sri Ram,  bersedia untuk beri pertimbangan kepada representasi tersebut

DPP Gopal Sri Ram  dan Lathefa berjumpa

  • Bersetuju  dengan cadangan yang dinyatakan di dalam representasi tersebut diterima oleh SPRM.

PERUBAHAN TAMPUK KEMPIMPINAN NEGARA 

2 Februari 2020

  • Tommy Thomas Lepas jawatan Sebegai Peguam Negara

6 Mac 2020

  • Lathefaa Koya Letak Jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM
  • Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara

14 Mei 2020 – Mahkamah memutuskan Reza Aziz Dilepas tanpa dibebas

  • HUJAH HAKIM AZMAN AHMAD 
    • Hujah DPP ( Gopal Sri Ram ) – sejak tertuduh didakwa, beliau sudah beberapa kali mengemukakan permohonan representasi. Dan selepas representasi itu diteliti dan dipertimbangkan, beberapa keputusan berjaya dicapai.
    • Kesan daripada persetujuan itu, pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh tidak akan diteruskan sementara menunggu terma persetujuan itu dilaksanakan sepenuhnya

14 MEI  2020 – Kenyataan Media SPRM

  • Keputusan Membebaskan tanpa melepaskan reza turut dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas – SPRM

15 Mei 2020

  • Bekas Peguam Negara dakwa SPRM berbohong, nafi memberikan persetujuan

16 Mei – Peguam Negara ( idrus Harun)

  • jelaskan telah memberi persetujuan  selepas mendapat taklimat daripada timbalan pendakwa raya (DPP Gopal Sri Ram) yang mengendalikan kes berkenaan

“  Setelah ditaklimatkan oleh timbalan-timbalan pendakwa raya yang mengendalikan perkara ini, saya bersependapat dengan pandangan mantan peguam negara sebagaimana yang telah ditaklimatkan kepada saya, dan telah bersetuju untuk menerima tawaran Riza tertakluk kepada pematuhan yang ketat terhadap semua terma dan syarat ”

 

 

 

BBerkaitan

Latest articles