Abang Susu Perluas Bantuan Ke Borneo

KUALA LUMPUR — MENYEDARI masih terdapat ramai bayi yang tidak mendapat keperluan susu tepung yang secukupnya disebabkan masalah kekangan kewangan ketua keluarga,Badan bukan kerajaan (NGO) Wellspring buildtrade Sdn Bhd  meneruskan khidmat sosial korporatnya (CSR) bagi membantu golongan memerlukan menerusi misi bantuan susu.

Pengasasnya, Klaus Lim, 36,yang juga dikenali ‘Abang Susu’ berkata sejak ditubuhkan lima tahun lalu pihaknya sudah menyalurkan bantuan susu tepung kepada lebih 10,000 bayi di setiap negeri di Semenanjung.

 

Menurutnya,pada tahun ini pihaknya menyasarkan bantuan kepada 10,000 bayi di setiap negeri diseluruh negara termasuk melibatkan Sabah dan Sarawak dalam kalangan memerlukan.

Katanya,inisiatif ini diadakan dengan kerjasama beberapa NGO lain antaranya Pertubuhan Kebajikan Sinar Harapan, Batu Pahat,Johor bagi mengutip dana dan bukan hanya tertumpu kepada sumbangan susu bayi semata-mata,malah bertujuan mewujudkan sikap prihatin dan kasih sayang dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Selain itu, pihak kami juga menyalurkan bantuan susu tepung kepada bayi di Thailand dan Kemboja termasuk membantu rakyat di negara ini yang berdepan masalah kesihatan serta tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik akibat diserang penyakit jantung, kanser dan penyakit kritikal lain, “katanya.

Lim berkata, inisiatif ini diadakan sejak pandemik Covid-19 lalu selepas melihat ramai rakyat yang tidak bekerja dan berdepan kesusahan bagi menyara kehidupan keluarga.

Menurutnya, dilahirkan dalam keluarga yang susah menjadi inisiatif bagi dirinya untuk membantu masyarakat yang berdepan kesusahan sekaligus memberi motivasi kepada golongan muda untuk membantu golongan susah.

Beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor berkata, dia mempunyai misi untuk membantu masyarakat kerana suatu hari nanti orang yang dibantu itu sudah hidup senang akan ingat dan membantu pihak lain yang berdepan kesusahan pula.

Katanya, dalam merealisasikan program ini dia tidak bersendirian,malah turut dibantu lebih 20 sukarelawan daripada pelbagai NGO.

“Kita bantu semua golongan tanpa mengira agama kerana tidak semua beban perlu diletakkan dibahu Kerajaaan dan sebagai NGO kita perlu kedepan bagi membantu kerajaan”.

“Orang ramai yang berdepan masalah boleh menghubungi pihak kami dan akan cuba membantu mengikut keupayaan bentuk bantuan yang diperlukan, “katanya.

Lim ketika menerima anugerah di Majlis Tindakan Pengguna Negara

Atas inisiatif itu, Lim pernah mendapat pengiktirafan ‘Best Intelligent Figure 2023
dari Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan Anugerah Bantuan Susu Tepung Terbanyak dari Malaysia Book of Record pada Februari lalu.

BBerkaitan

Latest articles