‘Senaraikan Semua Soalan Belum Dijawab, Saya Akan Ikut Menteri’ – Kata Speaker Pada Pendang

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim mengadu masih belum menerima jawapan bagi sejumlah soalan bertulis yang dikemukakannya kepada kementerian berkaitan.

Beliau membangkitkan perkara itu ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin, sambil mempersoalkan kelewatan pihak kementerian memberikan maklum balas terhadap soalan berkenaan.

“Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak mengadu sikit. Soalan-soalan yang menteri atau timbalan menteri kata nak jawab secara bertulis ini, sampai sekarang ada banyak yang saya tak terima lagi.

“Jadi saya mengadu di sini,” katanya.

Mengulas aduan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta Awang menyenaraikan semua soalan bertulis yang masih belum dijawab.

Beliau turut memberi jaminan akan mengambil tindakan dengan mendapatkan penjelasan daripada menteri berkaitan selepas jam 11.30 pagi.

“YB tuliskan semua soalan-soalan yang belum dijawab. Selepas 11.30, saya nak ikut menteri itu sendiri,” katanya.

Tindakan itu sekali gus memberi perhatian kepada isu kelewatan kementerian menjawab soalan bertulis yang dikemukakan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

BBerkaitan

Latest articles