Zahidi Zainul Abidin Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin meninggal dunia hari ini.

Berita pemergian Allahyarham dikongsi Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Shahidan menyifatkan pemergian Zahidi sebagai kehilangan besar buat dirinya, selain menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Zahidi pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dari 2020 hingga 2021, selain merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Padang Besar.

BBerkaitan

Latest articles