Ibu Nizar Kritikal, Kini Dirawat Di ICU

KUANTAN: Ibu kepada Datuk Mohd Nizar Najib,, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 65, dilaporkan berada dalam keadaan amat kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Gleneagles Ampang.

Menurut kenyataan keluarga, doktor memaklumkan tempoh masa untuk bersama beliau mungkin tidak panjang.

Keluarga memohon orang ramai mendoakan agar Allah SWT meringankan kesakitan, memberikan keselesaan serta mempermudahkan segala urusannya.

Ahli keluarga dan insan tersayang yang ingin menziarahi beliau dialu-alukan ke ICU, Aras 1, Bilik 119, hospital berkenaan.

Terdahulu, Mohamad Nizar turut berkongsi perkembangan kesihatan ibunya menerusi media sosial.

Selain Mohd Nizar, Puteri Zainah adalah ibu kepada Mohd Nizar Najib, Putri Norlisa  dan Mohd Nazifuddin.

BBerkaitan

Latest articles