KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan penghargaan dan rasa terharu terhadap orang ramai yang masih menziarahi pusara isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, meskipun lebih sebulan pemergiannya.
Beliau berkata, kehadiran orang ramai serta doa yang tidak putus-putus buat Allahyarham isterinya amat dihargai.
“Saya merasa amat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran serta doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Dalam masa sama, Dr Mahathir turut memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke pusara isterinya dengan lebih kerap atau bertemu setiap individu yang datang menziarah.
Beliau juga mengakui tidak mampu membalas satu persatu surat dan ucapan takziah yang diterima selepas pemergian Allahyarham.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan berusaha memberikan maklum balas setakat yang termampu.
“Saya cuba jawab seberapa mampu,” katanya.










