Suspek Serang Guru Masih Dirawat, 24 Individu Dirakam Percakapan

KUCHING: Suspek yang dipercayai menyerang seorang guru wanita di sebuah sekolah antarabangsa di sini, Rabu lalu, masih menerima rawatan di hospital.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak berkata, siasatan akan diteruskan dengan mengambil kira keadaan kesihatan suspek serta penilaian dan nasihat pegawai perubatan.

Beliau berkata, seramai 24 individu sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan yang dijalankan secara profesional dan menyeluruh.

Pada 21 Oktober lalu, polis mengesahkan guru wanita itu cedera dipercayai diserang seorang pelajar lelaki tingkatan empat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.

Saifullizan turut meminta orang ramai menghormati privasi pihak terlibat serta tidak menyebarkan identiti, gambar atau maklumat peribadi, khususnya individu bawah umur.

BBerkaitan

Latest articles