Suami Disyaki Bunuh Isteri Direman Tujuh Hari

NILAI: Lelaki berusia 30-an direman tujuh hari sehingga 22 Oktober ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Nilai, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya, berkata perintah reman itu diperoleh selepas suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.

Suspek sebelum itu menyerah diri di balai polis selepas kejadian yang mengorbankan isterinya, seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BBerkaitan

Latest articles