Kes Bunuh Irene Sofiya: Reman Suspek Disambung Enam Hari

BATU PAHAT: Tempoh reman pelajar lelaki Tingkatan Empat berusia 16 tahun yang disyaki membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, disambung enam hari bermula esok.

Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman membenarkan permohonan itu sehingga Khamis bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebelum dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Johor.

Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah di dewan sekolah berkenaan kira-kira jam 5.30 petang Sabtu lalu, selepas tidak pulang ke rumah sebaik kelas tambahan tamat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar sebelum ini mengesahkan bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan trauma akibat objek tumpul pada kepala.

BBerkaitan

Latest articles