Fadhlina Mesti Jawab Isu Keselamatan Murid Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek didesak memberikan penerangan di Dewan Rakyat berhubung isu keselamatan murid di sekolah susulan kematian seorang lagi pelajar di Yong Peng, semalam.

Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, keselamatan murid di sekolah kini semakin meruncing, membimbangkan dan tidak boleh diterima.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

“Saya amat sedih dengan laporan satu lagi kematian pelajar di sekolah iaitu di Yong Peng semalam.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya diberi ketabahan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota mendesak Fadhlina memberikan sesi penerangan di Dewan Rakyat pada Isnin, 5 Oktober, sejurus selepas sesi jawab lisan.

Katanya, rakyat berhak mendapat jawapan segera berhubung tahap keselamatan murid di sekolah.

“Saya mendesak Menteri Pendidikan memberikan sesi penerangan di Dewan Rakyat mengenai isu keselamatan murid di sekolah, iaitu pada hari esok (Isnin, 5 Oktober 2026), sejurus selepas sesi jawab lisan.

“Rakyat berhak mendapat jawapan segera,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles