Polis Siasat Dakwaan Lelaki Cabul Remaja Lelaki 14 Tahun Di PPR Taman Mulia

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dicabul seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an dalam kejadian di sebuah rumah di PPR Taman Mulia, Cheras.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Lim Chun How berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa pada 29 September lalu.

Menurutnya, berdasarkan laporan diterima, wanita berkenaan mendakwa anak lelakinya menjadi mangsa perbuatan cabul oleh suspek di sebuah rumah di kawasan perumahan berkenaan.

“Pihak Polis Daerah Cheras mengesahkan pada 29 September 2026 telah menerima satu laporan polis daripada ibu mangsa berhubung kejadian cabul oleh seorang lelaki warga tempatan lingkungan umur 40 tahun ke atas anak lelaki beliau yang berumur 14 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Lim berkata, siasatan kes berkenaan kini dikendalikan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

BBerkaitan

Latest articles