Berita Baik Buat Peminat F1, RTM Siar Langsung Aksi Dari Sepang

KUALA LUMPUR: Deruman enjin Formula 1 (F1) bakal kembali menghangatkan hujung minggu peminat sukan permotoran apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan aksi perlumbaan secara langsung dari Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata, siaran langsung itu membolehkan rakyat di seluruh negara sama-sama menikmati kemeriahan perlumbaan bertaraf dunia berkenaan.

“Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia! RTM akan menyiarkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 secara langsung agar kemeriahan perlumbaan ini dapat dinikmati bersama,” katanya.

Anwar turut berharap siaran itu dapat membawa debaran aksi F1 lebih dekat kepada rakyat, termasuk mereka yang tidak berkesempatan menyaksikannya secara langsung di litar.

“Saya berharap siaran langsung ini memberi peluang kepada rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk merasai debaran perlumbaan bertaraf dunia dari Litar Antarabangsa Sepang,” katanya.

Perlumbaan berkenaan dijadual berlangsung selama tiga hari, bermula 2 hingga 4 Oktober ini.

BBerkaitan

Latest articles