​KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sebagai medan terbaik untuk merealisasikan semula perpaduan ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
​Menerusi satu hantaran di media sosialnya, beliau membayangkan kerjasama politik dalam kalangan parti-parti pembangkang dan Melayu-Islam bakal memberi laluan kepada kekalahan Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan.
​”Melaka sudah memanggil. Perpaduan ummah sekali lagi bakal direalisasikan.
“Insya-Allah PH bakal bertemu kekalahan berikutnya,” katanya.
​Reaksi tersebut menyusuli kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang mengumumkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa esok, Rabu (23 September 2026) selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
​Ab Rauf memaklumkan pembubaran itu bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRN mengikut peruntukan undang-undang dan ketetapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
​Dalam pada itu, Ab Rauf menegaskan pentadbiran negeri akan terus berjalan seperti biasa di bawah kapasiti kerajaan sementara (caretaker government) bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dan kebajikan rakyat tidak terjejas.










