Permohonan Pengampunan Najib Ditangguh, Keputusan Dibawa Ke Mesyuarat Akan Datang

PUTRAJAYA: Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan dan akan dibawa semula untuk pertimbangan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang.

Keputusan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim ketika Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung hari ini.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) dalam kenyataan memaklumkan Seri Paduka Baginda telah berkenan supaya permohonan berkenaan ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

“Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim telah berkenan supaya permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak memperincikan tarikh mesyuarat seterusnya atau sebab permohonan berkenaan ditangguhkan.

Dalam mesyuarat sama, Seri Paduka Baginda turut memperkenankan pembebasan 65 banduan.

BHEUU JPM berkata, banduan yang dibebaskan dan bukan warganegara Malaysia perlu dihantar pulang ke negara asal masing-masing dalam tempoh enam bulan selepas pembebasan.

BBerkaitan

Latest articles