PRN Melaka: Zahid Yakin BN-PN Mampu Ulang Kejayaan Johor, N. Sembilan

AYER KEROH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa ‘gelombang biru’ yang menyaksikan persefahaman politik BN dan Perikatan Nasional (PN) di Johor serta Negeri Sembilan berpotensi melanda Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Lebih tegas, beliau mendakwa perkembangan itu bukan sekadar harapan politik, sebaliknya bersandarkan kecenderungan pengundi Melaka ketika ini, termasuk sokongan golongan muda.

Menurut Zahid, suasana politik semasa menunjukkan rakyat Melaka berada dalam ‘mood gelombang biru’, sekali gus memberi isyarat bahawa corak sokongan seperti yang berlaku di dua negeri sebelum ini boleh berulang.

“Apabila tiba hari besar (hari mengundi) yang menentukan masa depan Melaka, jangan lupa bahawa gelombang biru yang pernah berlaku di Johor, berlaku di Negeri Sembilan, insya-Allah gelombang biru itu akan berada di Melaka juga,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Karnival Anak Muda Melaka X Jom Heboh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

BBerkaitan

Latest articles