PH Ada Jadual Sendiri Rundingan PRN Melaka

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) belum bersedia mendedahkan butiran rundingan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk pembahagian kerusi.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, gabungan itu mempunyai jadual dan garis masa tersendiri untuk memperincikan persiapan menghadapi PRN berkenaan.

Namun, beliau enggan mengulas mengenai jumlah kerusi yang bakal ditandingi PH atau mana-mana parti dalam gabungan itu.

“Untuk pihak PH dan juga untuk PKR, boleh rujuk dengan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengarah Pilihan Raya,” katanya pada sidang media mingguan, hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika ditanya perkembangan rundingan antara PH dan BN menjelang PRN Melaka.

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Amirudin diberi mandat untuk memperincikan bentuk kerjasama dengan BN, termasuk soal pembahagian kerusi.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi mengenai jumlah kerusi atau bentuk pembahagian yang mungkin dipersetujui kedua-dua gabungan berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles