Fadhlina Dianugerah Datuk Seri, Ashwad Terima Datuk

MELAKA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dikurniakan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat penganugerahan berkenaan diadakan bersempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, di Balai Istiadat Seri Negeri.

Turut mencuri tumpuan ialah pelantikan Ketua Pengarah Penyiaran yang juga bekas Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail, yang dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau merupakan antara 189 individu yang menerima darjah D.P.S.M. dalam istiadat tersebut.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook hari ini turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ashwad atas pengiktirafan berkenaan.

Beliau berharap penganugerahan itu akan menjadi pemangkin semangat untuk Ashwad mencapai kejayaan yang lebih gemilang dalam industri penyiaran negara.

BBerkaitan

Latest articles