BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Anwar berkata penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Dato Laila Utama’ itu amat bermakna serta menjadi lambang keakraban dan hubungan persaudaraan istimewa antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam.
”Menjunjung kasih KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas pengurniaan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.),” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.
Pengurniaan berkenaan disempurnakan sempena lawatan kerja Anwar ke Brunei.










