​KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin selamat menjalani rawatan dan kini baginda sedang beristirahat.
​Istana Terengganu dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini memaklumkan bahawa rawatan baginda berjalan lancar dengan kehendak dan rahmat Allah SWT serta berkat doa seluruh rakyat.
​”Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menzahirkan ucapan penghargaan dan perasaan terharu serta menzahirkan ucapan terima kasih Baginda serta keluarga kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan Baginda.
​”Ini termasuk masjid-masjid, surau-surau, institusi tahfiz, para alim ulama, pemimpin masyarakat, badan-badan organisasi, individu serta seluruh lapisan rakyat yang telah melaksanakan solat hajat serta bacaan Yasin untuk Baginda,” menurut kenyataan itu.
​Kenyataan itu turut mendoakan agar Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada Sultan Mizan serta mempermudahkan segala urusan Baginda.










