Tiada PRK Bagi Parlimen Subang – SPR

​PUTRAJAYA: Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan dilaksanakan bagi mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Subang.

​Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, perkara itu disahkan selepas pihak SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul.

​”SPR telah menerima pemakluman melalui surat bertarikh 11 Ogos 2026 berhubung status kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan berkenaan selepas ia diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

​”Berdasarkan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

​”Selaras dengan itu, tiada PRK bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.104 Subang akan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles