Rangkaian U Mobile Dilaporkan Tergendala Di Beberapa Negeri Malam Tadi

KUALA LUMPUR : Pengguna U Mobile di beberapa lokasi di seluruh negara dilaporkan mengalami gangguan perkhidmatan rangkaian pada awal pagi 22 Julai 2026. Insiden yang berlarutan kira-kira sejam itu menjejaskan sambungan 5G Ultra5G dan juga perkhidmatan 4G.

Aduan mula membanjiri media sosial sekitar pukul 1.00 pagi apabila pengguna mendapati telefon mereka memaparkan status “Tiada Perkhidmatan” atau “Tiada Rangkaian”.

Masalah tersebut tidak hanya tertumpu di Lembah Klang. Pelanggan di Ipoh, Pulau Pinang dan Johor turut melaporkan kegagalan untuk menyambung kepada rangkaian U Mobile, sekali gus menunjukkan gangguan itu berlaku secara meluas.

Rangkaian berkenaan dilihat mula pulih secara berperingkat sekitar pukul 2.30 pagi. Selepas itu, semakin ramai pengguna memaklumkan bahawa perkhidmatan mereka telah kembali seperti biasa.

Data daripada Downdetector turut menunjukkan lonjakan ketara dalam jumlah aduan berkaitan U Mobile. Sebanyak 157 laporan direkodkan pada pukul 1.05 pagi, sebelum meningkat kepada kemuncak 289 laporan pada pukul 1.20 pagi.

Jumlah aduan kemudian beransur-ansur menurun dan berkurangan dengan ketara menjelang pukul 3.05 pagi.

 

BBerkaitan

Latest articles