KUALA LUMPUR: Di sebalik kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil menitipkan pesanan penuh makna kepada calon-calon yang berjaya memenangi hati rakyat.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) pada Sabtu malam, Khairy mengingatkan para pemenang agar tidak hanyut dengan kejayaan, sebaliknya terus merendah diri dan memikul amanah yang diberikan pengundi dengan penuh tanggungjawab.
“Rendah diri dengan kemenangan, bersyukurlah kepada Yang Maha Kuasa.
“Hormati kepercayaan yang diberikan pengundi dan berlaku adil kepada semua, sama ada mereka mengundi anda atau tidak.
“Berpeganglah pada janji dan bekerjalah dengan bersungguh-sungguh,” katanya.
Dalam hantaran sama, Khairy turut berkongsi pesanan yang menyentuh hati kepada calon-calon yang menang, mengingatkan mereka agar tidak melupakan insan paling berjasa dalam kehidupan.
“Jika ibu anda masih hidup, kucuplah tangannya. Jika dia sudah tiada, titipkan doa kepada rohnya. Jadilah insan yang baik dan sentiasalah berbuat kebaikan,” katanya.










