PH Puji Anwar Beri Peruntukan Lebih Untuk Johor Berbanding Ismail Sabri

​LEDANG: Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Johor di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah jauh lebih tinggi berbanding ketika era kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sambil menambah, rekod Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Johor menerima peruntukan sebanyak RM14.6 bilion di bawah pimpinan Anwar, berbanding hanya RM10.2 bilion ketika diterajui Ismail Sabri sebelum ini.

​”Sebelum Anwar menjadi PM, Johor mendapat RM10.2 bilion. Isu yang sering mereka (pembangkang) bawa kononnya kutipan hasil dari Johor tidak setimpal dibalas balik.

​”Namun, semakan terakhir saya mendapati di bawah pentadbiran Anwar, beliau memberikan RM14.6 bilion kepada Johor. Angka ini tentunya jauh lebih besar berbanding RM10.2 bilion sebelum ini,” katanya.

​Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 di Padang Bukit Gambir Extreme Park, malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi pilihan raya negeri berkenaan.

​Mengulas lanjut, Saifuddin turut membandingkan peruntukan yang diterima Johor dengan Selangor, yang mana Selangor selaku negeri maju dan penyumbang KDNK terbesar negara hanya menerima peruntukan Persekutuan sebanyak RM12.2 bilion.

​”Tiba-tiba ada suara mengatakan peruntukan kecil untuk Johor. Jadi, kita patahkan dakyah itu dengan angka,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles