Isu Undang-Yamtuan: Proklamasi Tidak Sah Tanpa Tandatangan MB – Bekas Hakim

KUALA LUMPUR: Sebarang pengisytiharan atau proklamasi yang dikeluarkan oleh institusi Undang berhubung pertikaian dengan Yamtuan di Negeri Sembilan dianggap tidak sah dari segi perlembagaan sekiranya gagal mendapatkan pengesahan daripada Menteri Besar.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menegaskan, isu teras dalam kemelut tersebut sebenarnya berakar umbi daripada tindakan penyingkiran sebuah Luak yang dilakukan di bawah perlembagaan negeri, sebelum disusuli isu rantaian proklamasi oleh empat Undang.

Menurut beliau, pengisytiharan yang dikeluarkan dari Pejabat Luak Sungai Ujong baru-baru ini mencetuskan persoalan besar mengenai status keabsahannya mengikut undang-undang tubuh negeri.

“Jika kita merujuk kepada Perlembagaan Negeri Sembilan, pengisytiharan tersebut sebenarnya hanyalah sebahagian daripada proses dan ia tidak menyelesaikan keseluruhan masalah.

“Perlembagaan negeri menetapkan bahawa sesuatu proklamasi perlu memenuhi syarat-syarat substantif (isi kandungan) dan juga prosedural (tata cara) yang telah digariskan,” katanya dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan melalui platform Twenty To 13 do Tik tok baru-baru ini.

@twentytwo13news What is the core issue between the Undang and Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan? We spoke to former Court of Appeal judge, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof recently over the on-going saga in the state. More on Twentytwo13.my #news #constitution #negerisembilan #Twentytwo13 ♬ original sound – Twentytwo13


Mengulas lanjut, Mohamad Ariff yang juga Mantan Yang Di Pertua Dewan Rakyat menjelaskan, proses perundangan tersebut hanya akan dikira lengkap, sah, dan mengikat selepas dokumen proklamasi berkenaan ditandatangani sendiri oleh keempat-empat Undang serta Menteri Besar.

Telas beliau, kegagalan mematuhi mana-mana keperluan substantif dan prosedur yang ditetapkan akan menyebabkan dokumen berkenaan mengalami kecacatan dari sudut perundangan.

“Sekiranya tidak memperoleh pengesahan melalui tandatangan Menteri Besar, maka secara undang-undangnya, tiada proklamasi yang sah dari segi perlembagaan.

“Perkara ini bukan lagi sekadar melibatkan urusan adat semata-mata, tetapi ia telah termaktub dan dinyatakan secara jelas di bawah Perkara 10 Perlembagaan Negeri Sembilan, yang kini turut menjadi perhatian serta perbincangan hangat di media sosial,” ujarnya lagi.

BBerkaitan

Latest articles